Kini, menerusi ‘Kaleng Kueh’ anda tidak perlu lagi menunggu bulan puasa semata-mata untuk menikmati kuih-muih tradisi Sarawak.
Apabila sebut sahaja bulan puasa pasti ramai yang merindui kuih-muih tradisional. Anda pasti akan terkenang-kan kelazatan rasa dan tekstur kuih tradisi yang pernah anda temui sebelum ini di bazaar. Malahan terdapat kuih-kuih istimewa yang terhad hanya boleh didapati di bulan Ramadhan.
Justeru ini membuatkan ramai yang teruja menantikan bila tibanya bulan puasa kerana ramai yang merindukan kuih-muih tradisional.
Antara kuih-muih tradisi Sarawak yang paling dirindui ramai bila menjelangnya bulan Ramadhan ialah:
1. Kuih Bongkol
Kredit: Siti Fatimah Junaidi
Kuih Bongkol sering menjadi simbolik kepada bulan Ramadhan kerana banyak dijual pada ketika itu berbanding dengan bulan-bulan lain. Selain itu, keunikan rasanya lemak manis dan teksturnya yang lembut memberi kenikmatan dan kepuasan kepada sesiapa sahaja yang menikmatinya.
2. Kuih Celorot
Sumber: SiakapKeli
Kuih ini sangat terkenal bagi masyarakat Melanau dan kuih tradisional ini hanya boleh didapati di Sarawak dan Negara Brunei Darussalam. Kuih celorot mempunyai rasa yang lemak manis dan tekstur yang kental. Selain itu selongsongnya yang diperbuat daripada daun nipah membaluti kuih telah memberi keunikan tersendiri terhadap kuih celorot.
3. Pulut Basong
kredit: Kaleng Kueh (Facebook)
Sesuai dengan namanya, kuih pulut basong ini diperbuat daripada beras pulut dan dibungkus menggunakan daun pisang lalu dikukus bersama. Maka, ini menyebabkan kuih tradisional ini dipenuhi dengan aroma daun pisang. Seterusnya apabila sudah masak maka pulut ini akan disaluti dengan kelapa parut.
4. Kuih Ketupor
sumber: Kuehstory_49
Rupanya seakan sama dengan kuih seri muka namun rasa dan tekstur kuih ketupor ini sangat berbeza. Pada bahagian bawah kuih seri muka terdiri daripada beras pulut namun pada bahagian bawah kuih ketupor pula terdiri daripada campuran beras yang telah dihancurkan bersama dengan kelapa purut.
5. Kuih Takir
Sumber: Facebook rasmi Kaleng Kueh
Selain disebut sebagai kuih takir ia juga turut dikenali sebagai ‘kueh perauk’ oleh penduduk tempatan ini disebabkan oleh rupa bentuknya seakan perahu. Kuih takir mempunyai tekstur yang lembut dan dicampurkan bersama sirap gula apong telah meningkatkan lagi kenikmatan rasa kuih ini.
6. Nona Manis
Sumber: Facebook rasmi Kaleng Kueh
Apabila sebut sahaja kuih nona manis pasti ramai yang membayangkan warnanya yang kehijauan yang mengelilingi intinya berwarna putih dan mempunyai rasa lemak masin. Kombinasi rasa yang manis dan lemak masin membuatkan ia menjadi kegemaran oleh setiap lapisan usia. Oleh itu ia menjadi buruan ramai di bazaar ketika tibanya bulan Ramadhan.
7. Kuih Kosui
Sumber: Facebook rasmi Kaleng Kueh
Seterusnya kuih kosui antara kuih tradisi yang dianggap ‘legend’ ini kerana ia merupakan kuih orang lama dahulu dan ia lebih dikenali oleh golongan tua berbanding dengan anak muda. Tekstur kuihnya yang lembut dan disaluti dengan kelapa parut memberi keunikan dan meningkatkan lagi kenikmatan untuk rasanya.
Wow! sungguh menyelerakan bukan? Namun kini anda tidak perlu menunggu bulan Ramadhan lagi semata-mata untuk menikmati kuih-kuih tersebut. Ini kerana sekarang anda boleh dapatkan pelbagai jenis kuih tradisi dibawah satu jenama iaitu ‘Kaleng Kueh’ hanya di Heritage Central Cafe. Waktu operasi Heritage Central Cafe ialah setiap hari Isnin hingga Sabtu dari jam 9 Pagi hingga 6 Petang.
Untuk maklumat lanjut dan update terkini mengenai kuih-kuih yang terdapat di Heritage Central Cafe anda boleh layari Facebook page Kaleng Kueh.