Adakah Datuk Mohd Abdul Karim kini layak digelar Elon Musk Malaysia?

131753383_235119451363038_1599435909479873405_o

Adakah Datuk Mohd Abdul Karim kini layak digelar Elon Musk Malaysia?

Siapa tidak kenal dengan Elon Musk, seorang lelaki kulit putih berasal dari Afrika Selatan yang menggegarkan dunia dengan kejayaannya mencipta roket untuk bukan sekadar ke angkasa lepas tetapi sasaran ke Planet Marikh.

Musk juga menarik perhatian penggemar automotif dengan model kereta elektriknya, Tesla Roadster.

Namun kini, seorang jurutera tempatan berbakat yang menempah namanya sebagai ikon usahawan melalui kejayaan syarikat-syarikat yang diterajuinya seperti serba dinamik dan K-Power sudah mula mendapat jolokan Elon Musk Malaysia.

131753383_235119451363038_1599435909479873405_o

Datuk Mohd Abdul Karim, sering mendapat perhatian kerana keunikan teknologi-teknologi yang diceburi seperti ‘Sophia the humanoid’, mixed reality dan pelbagai lagi teknologi berteraskan Artificial intelligence.

Baru-baru ini, ramai yang tertanya-tanya apabila terlihat beberapa keping gambar pelancaran roket LAD (Low Altitude Demonstrator) yang tertera logo kumpulan Serba Dinamik.

Bagaimanapun lokasi serta misi utama pelancaran tersebut tidak dapat dipastikan kerana pelancaran itu dilakukan seolah-olah penuh kerahsiaan.

Apakah yang sedang dirancang dan dilaksanakan oleh Elon Musk Malaysia ini? Satu sayap perniagaan baru, satu lagi projek besar yang membanggakan negara dan melonjakkan lagi reputasinya?

[Source: “Adakah Datuk Mohd Abdul Karim kini layak digelar Elon Musk Malaysia?” published by FB Page Rahsia Ilmu Saham]

0 0 vote
Article Rating
+ posts

The life of an ordinary guy, an engineer, a scientist, and a social media.
Enjoy and have fun!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
%d bloggers like this: