Hujan tidak jejaskan kemeriahan temasya muzik tradisional

image-34

KUCHING: Hujan tidak menghalang ratusan pengunjung, termasuk pelancong asing menyaksikan persembahan muzik tradisional angklung sempena Temasya Warisan Old Kuching Smart Heritage (OKSHE) 2019 di Padang Merdeka, di sini, semalam.

Persembahan oleh sembilan ahli Kumpulan Buluh Berkocak itu berjaya menjadi daya penarik ke temasya itu.

Selain Kumpulan Buluh Berkocak, Kumpulan Tuku Kamek turut mengadakan persembahan hebat dengan menampilkan alunan sape.

Pengurus Besar Kampung Budaya Sarawak (KBS), Jane Lian Labang berkata, angklung adalah antara alat muzik tradisional yang harus ditonjolkan kepada generasi muda.

Beliau berkata, usaha berterusan perlu dilakukan bagi memastikan seni warisan muzik itu tidak pupus ditelan zaman.

“Saya bangga dengan usaha dan inisiatif Persatuan Kesenian dan Warisan Kuching (KEWARISMA) menganjurkan temasya ini bagi mengekalkan kesenian serta memartabatkan warisan budaya.

“Kumpulan Buluh Berkocak adalah generasi kedua KBS selepas Kumpulan Tuku Kamek,” katanya.

Sementara itu, Jane berkata, Kumpulan Tuku Kamek pula berjaya menghidupkan industri muzik Sarawak dengan memperkenalkan keunikan alunan sape bukan sahaja di dalam negara, malah ke persada antarabangsa.

Dengan keunikan alunan sape itu, katanya, Kumpulan Tuku Kamek meraih kejayaan pada Kejohanan Persembahan Kesenian Sedunia di Los Angeles (World Championship of Performing Arts) pada 2009.

0 0 vote
Article Rating
+ posts

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
%d bloggers like this: