Startup Borneo Bakal Dapat Kerjasama Latihan Daripada Syarikat Besar

Startup

anjai

Sebuah syarikat kejuruteraan gas dan minyak yang beroperasi dipelbagai negara, Serba Dinamik Holdings Bhd bakal melancarkan kolaborasi pertama mereka dengan sebuah hub startup di Sarawak yang juga dikenali sebagai Startup Borneo.

Mahu Usahawan Muda Bergerak Jadi Syarikat Besar Seperti Google

Pengarah kumpulan syarikat yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah berkata kerjasama tersebut disasarkan untuk merubah pola berfikir dikalangan usahawan muda untuk meneroka dalam aktiviti perniagaan selain daripada menyumbang kepada pembangunan negara.

“Ini akan membantu mereka untuk memasarkan idea perniagaan mereka sekaligus mengembangkanna menjadi seperti startup hebat di Silicon Valley seperti Dell, Google dan Facebook,” katanya kepada Bernama.

Abdul Karim berkata Startup Borneo kini memiliki 33 entiti berdaftar yang meliputi inkubator, pemecut (accelerators) dan startups.

Manakala Serba Dinamik IT Solutions Sdn Bhd yang dimiliki sepenuhnya oleh Serba Dinamik akan mengetuai program bersama tersebut.

Bermula Di Sarawak Dan Seterusnya Ke Negeri Lain

“Buat masa ini program ini akan dilancarkan di Sarawak dan diteruskan dengan cara yang sama di Johor Bahru lalu ke negeri lain jika terdapat perminataan,”jelas Abdul Karim.

Mohd Abdul Karim menjelaskan bahawa Serba Dinamik dibawah kolaborasi ini juga akan memberikan latihan, dana permulaan dan keperluan lain yag diperlukan untuk menbantu syarikat-syarikat yang untuk naik ke aras yang lebih tinggi.

“Ini merupakan kolaborasi menang-menang dengan Serba Dinamik untuk membantu syarikat lain dan pada masa yang sama mengembangkan jaringan dengan penguatkuasa tempatan serta syarikat antarabangsa dalam rangkaian tersebut.

“Para inkubator, pemecut (accelerators) dan startups akan mendapatkan manfaat melalui program bimbingan dan penyediaan kewangan untuk bantu mereka terdedah kepada jaringan global,”katanya sambil menambah bahawa kolaborasi ini juga bakal memanfaatkan agensi kerajaan yang mahu membantu syarikat teknologi tempatan manakala pihak antarabangsa yang ingin berkolaborasi serta meningkatkan jaringan di pasaran Malaysia boleh bekerjasama.

Sudah Melabur Dalam Teknologi Hologram

Pada masa yang sama, Mohd Abdul Karim berkata syarikatnya kini telah mula bergiat dalam teknologi hologram dan menyasarkan untuk menjadi pendahulu dalam teknologi tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa teknologi hologram ini ialah sebuah teknologi seperti mencipta pendua dalam lokasi berbeza tetapi waktu yang sama. Ia mampu meningkatkan kadar kecekapan yang sekaligus meningkatkan produktiviti.

“Sebagai contoh, seorang pakai boleh memberikan latihan dan mengajar pelajarnya di pelbagai belahan dunia pada masa yang sama.

Ahli politik dan juga pemimpin juga boleh berada di pelbagai tempat pada masa yang sama untuk bertemu dengan para penyokong mereka dengan lebih efektif.

Perkara ini akan meningkatkan produktiviti kerana teknologi ini juga melibatkan emosi,”katanya.

Mohd Abdul Karim juga menambah bahawa teknologi hologram ini akan berintegrasi dengan Revolusi 4.0 yang membolehkan kecerdasan buatan memproses data dan menyalurkan pada awan teknologi perkomputeran untuk menguruskan data tersebut.

0 0 vote
Article Rating
+ posts

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
%d bloggers like this: